Motivasi l Pakar Motivasi l Tips Motivasi Kejayaan | Motivasi Diri | Motivasi Perniagaan | Motivasi Kerja | Motivasi Pelajar | Motivasi Minda l Motivasi Bisnes

Motivasi Kreatif : Lagu Warisan [Sedarlah Wahai Bangsaku!]

by Hamka Motivasi Santai

Motivasi Kreatif : Lagu Warisan [Sedarlah Wahai Bangsaku!]

 

Share

Motivasi : [Vlog] 5 Tips Mengawal Emosi

by Hamka Motivasi Santai

Motivasi : Vlog : 5 Tips Mengawal Emosi

Share

[Kisah Rasulullah] Kisah Si Pencuri dan Ayat Kursy

by Hamka Motivasi Santai

Kisah Si Pencuri dan Ayat Kursy

Satu kisah berkaitan kelebihan membaca ayat Kursi sebelum tidur, baca kisah ini dan amalkan membaca ayat Kursi sebelum tidur .

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian ber…hasil ditangkapnya. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : “Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan.”
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru. Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w.

Maka bertanyalah beliau : “Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?” Ia mengeluh, “Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan,” jawab Abu Hurairah.

Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya. “Bohong dia,” kata Nabi Muhammad s.a.w.: “Pada hala nanti malam ia akan datang lagi.” Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.

Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : “Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi.”

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w. menegaskan : “Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi.”

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri.

Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal.

Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya? “Awas!” katanya dalam hati. “Kali ini tidak akan kuberikan ampun.”

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. “Nah, benar juga, ia datang lagi,” katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan.

Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. “Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya,” pencuri itu memohon.

Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : “Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna.”

“Kalimat-kalimat apakah itu?” Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. “Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi.” Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. “Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

“Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan,” jawab Abu Hurairah. “Kalimat apakah itu?” tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : “Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : “Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari.”

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta.” Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pula : “Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?” “Entahlah.” Jawab Abu Hurairah. “Itulah syaitan.” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda. Semoga dapat diambil iktibar.

Share

Motivasi Islamik : 8 KESILAPAN YANG KERAP WANITA LAKUKAN TENTANG AURAT

by Hamka Motivasi Santai

MOTIVASI ISLAMIK : 8 KESILAPAN YANG KERAP WANITA LAKUKAN TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya

by: Ustaz Zamri

Share

[Kisah Tauladan] Kisah Aku, Rina dan Kehadiran Orang Ketiga!

by Hamka Motivasi Santai

[Kisah Tauladan] Kisah Aku, Rina dan Kehadiran Orang Ketiga!

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

Share

Motivasi Kewangan: 7 Teknik Bagaimana Buat Duit Cara Mudah dan Santai!

by Hamka Motivasi Santai

Assalamualaikum dan Salam sejahtera sahabatku,

Pada 14 April 2012 yang akan datang, jam 9.00 pagi, pihak AMAN Intelligent Resources akan mengadakan sesi perkongsian ilmu di Bandar Sunway. Ilmu yang akan disampaikan pada hari tersebut ialah 7 Teknik Bagaimana Buat Duit Dengan Cara Paling Mudah.

Saya, Hasryn Hamka (www.motivasisantai.com) sendiri akan menjadi penyampai utama pada pagi itu dan akan bergabung dengan tuan Umar Taib (www.umarvellous.com). Oleh itu saya menjemput anda semua untuk sama-sama turut serta dalam sesi perkongsian ilmu tersebut. Ajaklah dan jemputlah kenalan-kenalan anda untuk turut sama hadir!

Namun, saya ingatkan disini, bahawa tempat duduk hanya terhad kepada 15 orang!

Mengapa anda perlu hadir ke sesi perkongsian ilmu ini?

1. Anda akan mempelajari sekurang-kurangnya 7 Idea atau Teknik Untuk Menjana Wang Dengan Cara Yang Sempoi!

2. Anda tidak perlu membayar yuran yang MAHAL untuk hadir!

3. Program ini adalah sesi perkongsian yang santai, tidak ada STRESS dan ianya dijalankan dalam keadaan ceria!

4. Anda mungkin akan mempelajari sesuatu yang ‘BAHARU’ yang mungkin anda tidak menjangkakan ia mampu menjana wang anda

5. Anda akan mempelajari asas bekerja dari rumah dengan berkain pelikat, berkain sarung atau berkain batik sahaja!

6. Tak perlu kelulusan dalam bidang perakaunan atau ekonomi, yang penting anda hanya perlu pandai mengira margin keuntungan.

7. Cukup la kot sampai sini dulu.. Tak larat nak tulis banyak-banyak… Sebab saya tak pandai menjanjikan bulan dan bintang, datang dahulu, kemudian cuba aplikasikan…

Sekarang pasti ada yang berasa pelik dan tertanya-tanya..

“Camne plak saya hendak berniaga jika tak ada modal?”
“Orang kata, berniaga ni modal besar!”
“Ish takkanlah senang sangat buat duit sampai camtu sekali..”
“Macamana dia boleh kaya walaupun tak ada ofis besar?”

Pada pagi itu saya akan bongkarkan beberapa teknik berkesan untuk menjana duit dengan mudah! Antaranya adalah, teknik gaya pos, teknik ‘middleman’, teknik ‘cari peluang atas kelemahan orang’ dan beberapa teknik lain kepada anda semua. Sesi perkongsian ilmu ini akan diadakan dalam keadaan yang santai supaya, saya dan anda semua dapat mencerna dengan mudah segala ilmu yang dikongsikan. Ingat! Jumlah kehadiran yang dibenarkan tidak melebihi 15 orang. Jadi anda akan mendapat perhatian khusus dan pastinya anda dapat fokus dan tak perlu malu untuk tanya apa-apa soalan.

Jadi siapa sebenarnya yang sesuai untuk hadir?

+ Anda yang ingin menjana pendapatan sampingan lumayan di internet
+ Anda yang tidak pandai berniaga atau baru berjinak-jinak dalam perniagaan
+ Anda yang nak mulakan perniagaan dengan modal kecil atau tanpa modal langsung
+ Anda yang mahu belajar skil ‘nego’ atau menarik pelanggan supaya membeli
+ Anda yang ada skil, kebolehan atau bakat tapi tak pandai mengubahnya kepada DUIT!
+ Anda yang nak mulakan perniagaan produk fizikal dengan idea-idea gila anda
+ Anda yang nak ubah nasib & kewangan diri sendiri daripada hasil perniagaan internet dan offline

Daftar sekarang:  http://goo.gl/2jxmh

Apa yang lebih menarik Tuan Umar Taib pula akan berkongsikan ilmu ‘Bagaimana Buat Duit di Internet Tanpa Menjual Produk Sendiri’.

Antara yang beliau bakal kongsikan ialah bagaimana anda boleh:
1. Menjana wang tanpa modal di Internet
2. Berniaga di Internet tanpa mempunyai produk sendiri
3. Menjual produk yang mendapat sambutan hangat pembeli
4. Promosi sekali, tapi untung berkali-kali
5. Tentukan keuntungan anda sendiri
6. Lepas tangan setelah menerima tempahan pelanggan

Program: Pelajari 7 Teknik Bagaimana Buat Duit Cara Mudah dan Santai!

Tempat: 9-1, Jalan PJS 11/28b, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

Tarikh: Sabtu, 14 April 2012

Masa: 9.00 pagi – 1.00 ptg

Jomlah turut serta bersama saya dalam sesi Borak Bisnes Santai! Daftarkan tempat anda sekarang! http://goo.gl/2jxmh

Ikhlas,
Hasryn Hamka
Program ini dikuasakan oleh Sharelah (www.sharelah.my)

Share

Tips Mengelakkan Rasa Gementar Ketika Berucap

by Hamka Motivasi Santai

Tips Mengelakkan Rasa Gementar Ketika Berucap

Latihan yang cukup dapat mengelakkan rasa gementar ketika berucap

Seni pengucapan awam sama ada pidato, debat perbahasan, pembentangan, forum atau syarahan merupakan satu seni unik yang bukan semua orang berbakat menguasainya.

Pengucapan awam dari segi definisi bermaksud pelahiran bahasa dengan penuh makna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh perucap).
Pengucapan awam ini walaupun sukar dikuasai namun terdapat teknik tertentu bagi melatih dan memberi keyakinan kepada mereka yang ingin membabitkan diri dalam pertandingan pidato, debat atau syarahan.

Apa yang penting setiap mereka yang ingin menguasai seni pengucapan awam yang baik perlu melakukan latihan yang konsisten selain memberi komitmen yang tinggi untuk membolehkan mereka menghilangkan rasa gugup dan tidak yakin .

Latihan yang kerap seperti berlatih di hadapan cermin juga dapat membantu menghilangkan rasa gugup selain membolehkan kita mengesan sebarang kesalahan dan mengenalpasti bahasa tubuh yang sesuai. Masalah yang sering dialami pembahas ialah gemuruh kerana terpaksa berdepan dengan khalayak namun ini dapat diatasi sekiranya persediaan rapi dibuat.

Pemidato yang baik akan dapat menyesuaikan ucapan dan teknik penyampaiannya bergantung kepada siapa yang akan mendengar ucapan terbabit bagi memastikan pendengar dapat menerima mesej dengan jelas.

Tips untuk menghilangkan rasa gugup.

a. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membuat persediaan rapi sebelum berucap. Sebaik manapun berucap, anda perlu mengetahui dengan tepat apakah yang diucapkan. Ini penting supaya ucapan anda mencapai objektif dan tidak tersasar atau menyimpang.

b. Anda juga perlu datang awal sebelum sesi ucapan anda, sekurang-kurangnya 15 minit sebelum majlis bermula.

c. Tarik nafas sekiranya rasa gugup kerana ia mampu membantu anda menenangkan diri.

d. Pastikan anda sudah menguasai tajuk perbahasan dan sudah menghafal beberapa isi penting bagi mengelakkan anda terlupa.

e. Perlu ada mukadimah yang sesuai yang tidak terlalu panjang dan terlalu pendek. Bergantung kepada masa yang diberikan. Mukadimah 15 peratus, isi 70 peratus dan penutup 15 peratus. Ini akan memudahkan pendengar untuk mengikuti perjalanan ucapan anda dari awal sehingga penutup.

f. Intonasi suara perlu diberi perhatian terutama untuk debat dan syarahan bagi menekankan isi penting. Jika anda ingin penonton memberi perhatian kepada isi yang disampaikan perlu ada penekanan suara iaitu tinggi dan rendah.

g. Kenal pasti sasaran khalayak kita dan apakah keperluan mereka mendengar isu ucapan kita. Buat rujukan atau kaji selidik terhadap kelompok penonton atau pendengar yang akan mendengar ucapan kita.

h. Buat latihan dengan menggunakan rangka isi dan cuba praktikkan di hadapan cermin. Pengucap yang baik tidak akan melihat dan membaca petikan teks. Walaubagaimanapun, jika anda masih baru, pastikan anda ada kad kecil sebagai catatan rangka isi untuk berucap.

i. Fokus ucapan anda bukan pada kelemahan anda. Contonhnya sekiranya anda mempunyai suara yang kuat yang boleh mengawal pendengar, gunakan sebagai kelebihan dalam ucapan anda.

j Anda juga pemidato yang menggunakan ciri-ciri fizikal yang ada pada mereka untuk menarik perhatian khalayak.

k. Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif. Pastikan sebelum anda berucap emosi anda berada dalam keadaan positif

l. Pandangan pertama penting (first impression) penting untuk anda memulakan ucapan yang baik

m. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dengan keadaan majlis dan mulakan dengan senyuman.

n. Nyatakan objektif yang jelas apa isi ucapan anda kemudian barulah dikembangkan dengan isi serta bahagian penutup.

o. Apabila ada rasa debaran maka jangan berlawan dengan perasaan anda. 

p. Pandang mata (eye contact) juga penting dalam ucapan bagi memastikan pendengar berasakan anda bersama mereka sepanjang ucapan anda!

Moga bertemu lagi di post seterusnya! Semoga bermanfaat!

Share

Motivasi Islamik: JANGAN GUNAKAN PERKATAAN “SALAM”!

by Hamka Motivasi Santai

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN “SALAM”

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM”? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:”Salam (selamat tinggal)”.

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH…

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan – “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam – “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

By: Muhd Syahril

Share

Motivasi Islamik: KEBAIKAN MEMBACA SURAH YASIN!

by Hamka Motivasi Santai

ღ♥* KEBAIKAN MEMBACA SURAH YASIN *♥ღ

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
“ Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan ” Iaitu :

… ♥• Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

♥• Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

♥• Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

♥• Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

♥• Jika terpenjara akan dibebaskan.

♥• Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

♥• Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

♥• Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

♥• Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

♥• Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

♥• Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”

♥• Sabda Rasulullah SAW lagi : “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”

♥• Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

♥• Rasulullah SAW bersabda selanjutnya : “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah Yasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada Al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah SWT melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah.

Share

Kisah Tokoh Islam: Khalifah Terakhir Sultan Abdul Hamed II vs Mustafa Kamal Atartuk

by Hamka Motivasi Santai

Khalifah Terakhir Sultan Abdul Hamed II vs Mustafa Kamal Atartuk

RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI.

Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

 

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.

KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

 

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

 

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

 

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

 

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

 

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

 

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

 

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

 

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

 

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

 

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

 

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

Share

Scrappy Theme by Caroline Moore | Copyright 2012 MotivasiSantai.com | Powered by WordPress
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.